Hi! Apa khabar ? Chinese new year dah nak dekat. Tapi aku masih di rumah sewa di KL ni menanti agen TM untuk pemasangan UNIFI hari isnin ni. TM cakap raya cina semua dah booking hari pemasangan UNIFI . Kalau nak tunda, hujung bulan 2 atau awal bulan 3 baru boleh. Adui...UNIFI punya pasal aku dengan roomate aku kena tunggu sampai isnin. Lagipun ada assigment nak kena buat. Boleh lah buat sambil menunggu hari pemasangan tu. Hari rabu pula nanti aku pergi camping BBQ dengan persatuan ITYM dekat Teluk Batik. Best nya...Dah lama tak mandi-manda, makan BBQ, tidur dalam khemah. Anda semua macam mana pula? Bercuti ke mana?
Ok! Anda semua pernah dengar kecantikan semula jadi kan? Betul ke kecantikan semula jadi? Susah nak tahu bila zaman dah moden ni. Pelbagai jenis alat solek ada. Dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh jadi cantik. Macam artis la. Mereka ni tanpa solekan, nampak lain. HAHA. Ada sesetengah orang tu sanggup keluar beratus-ratus ringgit semata-mata alat solek yang menjadi pujaan mereka. Perlu ke membazir begitu banyak untuk menunjuk bahawa anda cantik? Kalau ya cantik kerana solekan, dimana keaslian diri anda? Apa terjadi jikalau pengeluar produk solekan semua ditutup? Mesti masing-masing tidak keluar rumah terperap di bilik. LOL
Aku bukan nak bangkang penggunaan solekan ni. Memang lah ia perlu dalam sesuatu keadaan macam hari perkahwinan, majlis dan perjumpaan penting. Tapi yang aku tak respek bila budak bawah umur pergi sekolah pakai make-up..Macam mascara..What the hell? Aku tengok dah macam hantu. HAHA! Pakai bedak cukup la dik...Pergi sekolah untuk belajar. Cukup lah penggunaan bedak di pipi.
Malas nak tegur nanti kena boikot. Jom usha sebelum dan selepas disolek!
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
HAHA! Cantik betul lepas kena solek. Pandai mak andam solek kan. Pilih mana satu yang anda nak! Agak-agak nya kalau muka aku ni kena solek jadi apa la ye....
p/s : Mood in LOVE with someone....oh ya, hari ni hari jadi AMANZ. Selamat hari jadi Aman!
Fun Time At MyneTOT!