Malaysia Web Hosting

5 jenis makanan penyebab sembelit



Salam 1 Malaysia!

Korang pernah kena sembelit? atau lebih mudah faham kalau aku sebut "susah berak". Haha...Aku penah juga kena sembelit ni. Masa tu aku dalam proses menguruskan berat badan. Maklum lah dulu aku obesiti. Makan tak ingat dunia. Jadi bila aku diet, terus sembelit. Berak seminggu pun susah. Haha..Tapi sebulan diet + basic exercise memang terus cun badan aku. Terus kering~.Haha... Sampai aku jumpa si dia, selera aku terus naik. Tapi tak gemuk sangat just berisi. So ni waktu aku penah kena sembelit, korang penah kena ke sembelit ni? Haha...duduk la dalam jamban tu separuh hari, berapa ketul je keluar...HAHA!

Beberapa faktor yang menyumbang terhadap sembelit ini termasuk kurang sukan, stres, rutin harian yang terganggu dan makan ubat. Selain itu juga,  memilih makanan yang salah, ditambah tidak minum air secukupnya juga punca sembelit. Di bawah ini senarai jenis makanan yang boleh menyebabkan sembelit.




1. Daging Merah


Ramai orang makan daging sebab keenakkan dan protein yang terkandung di dalamnya. Tapi bila daging merah ini dimasak, protein menjadi 0%. Daging juga memerlukan lebih dari 90 jam untuk dicerna ( itu pun sebahagian je ! )




2. Produk Bergula


Produk bergula mempunyai fibre(serat) yang rendah serta mengandungi gula dan lemak yang tinggi dimana boleh menyebabkan sembelit yang lagi kronik. Sesiapa yang makan desserts dan makanan yang manis sekali banyak memang senang kena sembelit.




3. Produk Bersusu


Makanan bersusu seperti susu, keju, mentega dan aiskrim adalah makanan tinggi lemak tepu dan rendah serat. Makanan ini bukan saja menyebabkan  sembelit, malah boleh menyebabkan risiko penyakit jantung.




4. Produk yang diproses


Korang suka fast food? haha..Sebenarnya makanan yang diproses seperti pizza, nugget, sosej, pasta, kentang goreng dan burger boleh menyebabkan sembelit. Serat yang rendah didalam makanan ni boleh memburukkan sembelit.




5. Kafein

Kafein boleh menyebabkan dehidrasi yang akan menyebabkan sembelit terjadi. Jadi elakkan mengambil kopi, coklat dan minuman lain yang mengandungi kafein ni. Selain sembelit, jika mengambil kafein berlebihan akan menyebabkan korang menjadi caffeinism yang boleh menyebabkan  gelisah, insomnia, kerap buang air kecil dan depression. Kafein juga boleh meningkatkan tekanan intraokular.




Jadi, untuk hidup sihat, tubuh kita mestilah berfungsi dengan baik. Untuk membantu pencernaan yang baik, elakkan lah mengambil makanan yang di sebut ye. Baru sihat tak perlu duduk dalam jamban berjam-jam. haha


p/s : Google chrome telah mengubah logo mereka. Tapi sayang, logo lama lebih cun...~
Lama
Baru