Salam 1 Malaysia kepada blogger dan pembaca sekalian....
Dah sebulan lebih aku tak updated blog ini. Macam-macam hal berlaku bulan lepas...Ada berita sedih, ade berita gembira...Aku tak nak cerita kat Mynetot ni semua kisah aku. Biar aku redha dengan dugaan Ilahi... Oh ye, aku cuti sebulan dan akan sambung belajar semula bulan 4 ni. Jadi banyak juga lah masa aku kat rumah ni untuk dibazir kan...haha
Tajuk blog hari ini ialah mengenai kayak untuk kemanusiaan atau lebih dikenali sebagai "kayak for humanity". Kayak for Humanity adalah sebuah ekspedisi kayak oleh para pemimpin muda dari Malaysia dan mereka melaksanakan projek-projek kemanusiaan di sepanjang laluan mereka kayak. Mereka yang menyertai merupakan belia negara yang terpimpin dan ikhlas meredah laluan sungai dan laut di Sarawak.
Malaysia adalah salah satu tempat terbaik untuk sukan air kerana kawasan geografi yang dikelilingi oleh air. Dalam sejarah juga ada menyatakan, Malaysia adalah salah satu negara perdagangan awal di mana Timur bertemu Barat.
persiapan sebelum berkayak
Objektif utama berkayak ini adalah untuk membantu masyarakat pendalaman. Mereka yang berkayak akan berhenti setiap hari di pantai dan kampung-kampung yang berdekatan untuk mengenal pasti keperluan penduduk setempat, berinteraksi dengan penduduk untuk mengetahui masalah yang dihadapai dan memberi bantuan kepada mereka.
Bergerak mengunakan kayak sahaja, mereka akan menerokai alam persekitaran yang tidak dapat dijejak seperti di darat. Mereka akan mendokumentasi dan mengambil foto sepanjang perjalanan mereka. Kayak for humanity juga tidak akan mencemarkan alam sekitar dimana tidak akan ada sampah yang dibuang di laluan mereka lalui.
saudara Khaireel Azlee ( Presiden ITYM)
Aktiviti ini disertai oleh saudara Asyraf (the kayak king), saudara Khaireel Azlee (president IT Youth Movement), Miss chew Hoong ling (organ donation icon) dan beberapa icon belia yang lain.
saudara Azmi (kiri) Ziahul Asraf (tengah) dan Khaireel Azlee (kanan) dan penerbangan yang ditaja oleh Firefly
Jadi, program ini bukan lah satu aktiviti yang sia-sia. Cemburu juga lah aku tak dapat terlibat dengan aktiviti ini. Bantu masyarakat pendalaman, merasai kesusahan mereka disana. Tak ramai belia yang sanggup merasai kesusahan kerana sudah terlalu alpha dengan kesenangan yang ada sekarang. Apa-apa pun, aku doakan keselamatan mereka disana. Amin.
Training di Port Dicson ( 2 minggu )
Ekspedisi berkayak di Sarawak ( 5 minggu ) - Dijangka tamat pada awal bulan April 2011
Ekspedisi bermula di Kuching
Laluan yang dilalui - Jalan sungai dan laut
Objektif - Melawat masyarakat sambil memberi bantuan di setiap chechpoint yang ditentukan
Untuk maklumat lanjut, sila layari kayakforhumanity.com atau facebook.com/kayakforhumanity
p/s: Aku minat cerita flapjack ar skrang .........
Fun Time At MyneTOT!