Hey! Apa kabar wahai pembaca blog MyneTot sekalian.
Haha.. Memandangkan esok aku tiada kelas, jadi boleh lah aku meroyan di blog ini sebelum tidur. Kepada yang sibuk esok ( maklum la hari isnin) jangan jadi stress.
Hari ini aku melawat beberapa blog yang baru aku kenal. Melihat blog-blog mereka ini yang kebanyakan pelajar IPT , blog mereka tiada iklan atau layout yang gempak pun. Tapi isi-isi blog mereka semua yang terbaik dan berguna. Melihat komen-komen yang ikhlas tanpa mempromosi di blog mereka membuat aku
cemburu kerana mereka mempunya kawan blogging yang
ikhlas. Aku cakap macam ni sebab sekarang ramai blogger yang singgah blog orang lain hanya meninggalkan
backlink ke blog mereka. Tapi biarlah kerana promosi perlu ada dalam sesuatu benda
cuma perlu lah bersesuaian dengan tempat dan waktu.
Lagi satu cerita hari ini, terpampang di surat khabar tempatan, blogger menyatakan dia pernah
mendapat RM 12 ribu sebulan melalui blogging. Itu pendapatan paling tinggi dalam sebulan yang pernah diperolehi. Pergh mesti goyang kaki habis
http://redmummy.com tu. Tahniah di ucapkan kepada beliau.
Kembali ke tajuk asal, entri aku hari ini adalah mengenai "
teknologi terbaru 2011 yang paling hangat" bukan
Jejaka Terhangat eh. HAHA... Ok. Boleh dikatakan setiap hari teknologi semakin berkembang. Penemuan para saintis dalam bidang teknologi semakin hebat. Dengan kewujudan nano yang serba kecil dan canggih melahirkan gajet yang moden. Skop entri ini khas dibuat untuk menyenaraikan teknologi yang pasti menghangatkan tahun 2011.
Motorola XOOM
Motorola Xoom ini ialah sebuah tablet yang pertama menggunakan OS Android 3.0 Honeycomb yang dicipta oleh Google. XOOM dibina dengan skrin 10.1 inch, menyokong Flash, sistem wireless yang boleh di upgrade ke 4G LTE, kamera di depan dan belakang, camcorder dan Nvidia Tegra dual-core processor.
Samsung SUR40 for Microsoft Surface
Komputer tabletop ini menggabungkan semua ciri-ciri touchscreen, fungsi multi-touch, kemampuan untuk mengenali jari, tangan dan benda. Selain itu juga, bentuk yang fleksibel ini dilapisi dengan kaca kasar Gorilla Corning diatasnya. Teknologi ini diproses melalui processor AMD multicore dan "PixelSense"(Microsoft) untuk 'melihat' objek pada permukaannya.
Motorola Atrix 4G Smartphone
Motorola mengatakan Atrix 4G akan menjadi smartphone baru yang paling hebat tahun ini dan juga merupakan telefon AT&T pertama menggunakan dual core processor. Telefon Android ini mempunyai sokongan HTML5, dua processor 1GHz dan 1GB RAM. 4G Atrix ini juga boleh memainkan video HD dan melihat attachment e-mail.
Toshiba Glasses-Free 3-D TVs
Toshiba telah menunjukkan kemampuan di CES iaitu sebuah TV 3-D kacamata-bebas dengan ukuran 56-inch dan 65-inch. Kesan efek hanya dapat dilihat di beberapa tempat sahaja.
Sony Cyber-shot DSC-WX10/B
Kamera ini merupakan update untuk Cyber-shot series dimana anda boleh menangkap gambar secara 3-D. Kamera ini dijangka dijual pada bulan March dengan harga 856.800 MYR.
LG Pencil-Thin TV
LG menyatakan bahawa TV OLED adalah yang paling nipis di dunia dengan hanya 2.9 milimeter. Ia dibina dengan skrin 31-inch dengan paparan 1929 - 1080 HD penuh.
nPower PEG
Alat ciptaan dari syarikat Tremont Electric ini boleh menghasilkan elektrik apabila anda berjalan dan bergerak. PEG hanya perlu diletak di dalam bag dan elektrik akan terhasil dari tenaga kinetik bila anda berjalan. Tenaga elektrik PEG dapat diguna pakai untuk telefon, MP3, camera dan sebagainya.
iGrill
iGrill adalah sebuah gajet termometer wireless Bluetooth yang dapat diguna dengan iPhone atau iPad. Cocok sensor ke dalam daging dan sync mengikut iGadget pilihan anda.
Ludacris Headphones
Ludacris adalah artis hip hop terbaru untuk jualan headphone sendiri. Ia menjanjikan memberi bass yang mendalam tanpa mengurangkan kejelasan.
Pening kepala aku tengok teknologi sekarang. Maklum lah, kalau aku ni anak dato dah lama beli semua ni kaji lebih lanjut. Tapi apa yang dapat aku kaji ni je la dapat aku tulis. Kalau ada yang tersilap tu minta maaf la ok. Selamat mengharungi hari isnin..
p.s : follow up my twitter ;)
acul · 740 weeks ago
My recent post WordPress - Buat Featured Image di Laman Utama
MyneTot · 740 weeks ago
wansiti · 732 weeks ago
My recent post Keputusan SPM-Rabu 23-03 & Daftar WHR Online
Jutawan Musafir · 740 weeks ago
Rumor akan kuar iPhone 5 n iPad 2 bro! Android phone xpyh citer la mmg belambak! Especially Motorola Atrix tu.
Bro nk tanye caner bro wat widget shout box yang hidden tu?
My recent post LG Optimus 2X sudah berada di pasaran!
MyneTot · 740 weeks ago
psal shoutbox tu, saudara boleh rujuk tutorial di sini - http://neizalyez.blogspot.com/2010/09/tutorial-de...
fiffyhazirah 55p · 740 weeks ago
MyneTot 36p · 740 weeks ago
arief · 740 weeks ago
My recent post SECRET - KISAH PIANO DAN MESIN MASA
MyneTot 36p · 740 weeks ago
mimi · 740 weeks ago
MyneTot · 740 weeks ago
Que · 740 weeks ago
My recent post Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan Juara Terbuka Malaysia 2011
MyneTot · 740 weeks ago
cicakterbang · 740 weeks ago
MyneTot · 740 weeks ago
Geronimo · 740 weeks ago
MyneTot · 740 weeks ago