Malaysia Web Hosting

4 situasi menyebabkan lelaki badmood

Salam! Heylow boyboy gurlgurl yang masuk blog ni.



Thanks sudi masuk lawat blog yang tak berapa aktif ni. Nak update entri sebulan pun tak sure boleh ke tidak. Banyak sangat kerja nak kena buat. Banyak juga masalah datang dalam sebulan ni. Hal peribadi, hal internet, hal itu hal ini.... Satu-satu datang  "attack" aku. Ada kala memang rasa down teramat sangat lagi2 si dia tinggalkan aku macam tu je bila timbul masalah. Sedih tu macam dah jadi hidup biasa bagi aku. Tak sabar tunggu intake bulan 7 (politeknik or uitm maybe) ni. Mulakan hidup baru. Fokus sepenuhnya untuk masa depan. Kegagalan yang sepatutnya aku tak patut kena sebelum ni cukup beri aku pengajaran tentang dunia baru sekarang. Hanya Tuhan dapat membalas segala yang buruk itu.



Oklah! I dont want to make emo blog yang selalu cerita sedih. Hidup perlu ceria baru senang orang sekitar kita suka kita. HUHU. Kembali ke topik asal, 4 situasi yang boleh menyebabkan lelaki badmood. Situasi ni aku lebih fokus mengenai orang yang kita sayang, cintai dan minati.


Tidak semua lelaki akan berasa badmood bila melihat situasi dibawah. Sesetengah lelaki tidak kisah akan sesuatu perkara. Tetapi kebanyakan lelaki akan berasa sedih, muram, marah dan geram sekaligus menyebabkan lelaki menjadi badmood.




1. Terjumpa gambar kekasih / bekas kekasih 

dengan jejaka lain di laman sosial


Ni paling banyak berlaku sekarang dimana lelaki akan sentiasa memerhatikan profile si Dia kerana curiga. Lelaki akan melihat dari wall post, aktiviti yang dilakukan, sehingga gambar yang telah di'tag'. Muram belum menjelma selagi tidak lihat komen2 mesra dengan lelaki lain, gambar bersama lelaki lain. Lagi parah bila gambar tu ada 'tag' nama lelaki lain. Si lelaki mesti akan menyelidik sehabis2nya profile lelaki lain tu sehingga puas hati. Haha.. 





2. Kawan mengatal dengan perempuan yang dia 

minati


"Kau tau, aku bawa Halimah jalan2 pusing pantai siap pegang2 tangan!" Haha... Ayat yang menyentap perasaan si lelaki bila teman-teman baiknya bercerita mengenai waktu bermesra mereka dengan perempuan yang lelaki itu minat. Si lelaki pun tak tahu nak marah dekat siapa... Dekat kawan dia ke, perempuan yang dia minat ke, atau diri dia... Haha...





3. Perempuan yang permainkan hatinya


Kenal dekat Facebook, tempat lepak, dekat sekolah/universiti, atau dimana2... Mula-mula si perempuan bertindak seperti hendak memikat si lelaki. Datang dan goda si lelaki sehingga lelaki itu jatuh hati dan menaruh harapan. Then, perempuan tu pergi macam tu je macam tak ada apa-apa yang berlaku....hahaha...Sama la juga di Facebook. Ada perempuan cun, comel tegur di chat. Layan mesra je kan. Tiba-tiba esoknya bila tegur buat macam tak kenal je...HUH!~ Aku pernah kena macam ni...Kekeke.. 





4. Teman wanita tak tepati janji


"Yunk...Sorry sangat2, hari ini kita tak dapat date lah yunk...Hari lain lah kita keluar ye." Hahaha...Punya la si lelaki buat plan, bersiap bagai.. Tiba-tiba si dia boleh batalkan macam tu je. Lelaki mana tak muram dan geram. Lagi lah sedih bila si Dia buat macam tak ada apa-apa berlaku. Bersemangat dah si lelaki nak bawa jalan-jalan tapi dilayan macam sampah ~





Hahahaha.... Sebenarnya banyak je lagi situasi yang menyebabkan lelaki badmood. Tapi aku penat tahap siput dah ni. Nak cerita semua situasi pun susah juga. Tak semua lelaki mempunyai perasaan yang sama. Apa yang penting, perempuan kena pandai pujuk balik bila lelaki dah badmood. Padan muka korang...Ingat perempuan je ke yang pandai merajuk ...huahuahua.

P/S: Baru settle kerja YTV. Just nantikan kemunculannya 15 Mei ni untuk ketahuinya!