Salam Malaysiaku~
This article is only my positive view about this project. Althought i also don't like this project, but people need to know several things.
PLEASE READ COMMENT BELOW ALSO. THERE A LOT Q&A THAT WILL HELP U UNDERSTAND THIS CRISIS.
PLEASE READ COMMENT BELOW ALSO. THERE A LOT Q&A THAT WILL HELP U UNDERSTAND THIS CRISIS.
Sebelum aku menyambung ke tajuk entri ni, aku ingin menyatakan yang aku bukan la berada di mana2 pihak. Antara kerajaan mahupun pembangkang. Cuma memberi pendapat yang mana aku rasa salah dan kurang faham. Sebelum ni aku ada mengeluarkan entri
" Kami tidak perlu email 1Malaysia ! " dimana menarik perhatian golongan yang tidak berpuas hati dengan projek MyEmail dan tidak lupa juga yang menyokong.
Sebentar tadi aku baru saja pulang dari hang-out dengan abg2 ITYM aku dekat Shah Alam. Bila buka cerita pasal MyEmail, ade yang salah tentang keburukan aku nyatakan dalam entri sebelum ni. Dari point of view aku selepas dengar penjelasan president ITYM ( Khaireel Azlee ), MyEmail, TriCubes dan Datuk Seri Najib tidak sepatutnya dicaci maki seperti di page2 yang ada di facebook. Terdapat salah paham yang perlu di terangkan.
Mungkin tak ramai yang baca blog aku ni. Tapi sekurangnya aku cuba ntuk buat rakyat Malaysia paham mengenai projek ni. Projek email 1Malaysia bernilai RM 50 juta tidak lah seperti yang kita sangka seperti yang di nyatakan dalam kebanyakkan blog dan web seperti Malaysia Kini. Memang ada kelemahan nya dari segi keselamatan dan politik. Tapi itu terserah kepada individu masing2 untuk mengunakannya atau tidak.
Mengikut fakta dari blog Sazali Yusof yang merupakan ahli Makmal Transformasi Pembagunan Belia, semua data yang dia berikan ckup untuk menerangkan kepada sesiapa yang membangkang tentang projek ini. Terdapat 5 fakta tentang projek ini yang mungkin boleh mengurangkan kontroversi isu ini. Jadi sila fahami sedalam2nya ....
1. Projek email 1Malaysia TIDAK menggunakan duit rakyat.
Sebelum ni, aku kurang faham tentang PFI yang menyebabkan aku dan rakyat Malaysia menyumpah2 di entri sebelum ini dimana berlaku juga di page2 Datuk Seri Najib, MyEmail, dan sebagainya yang rata2 marah dengan projek ni ( risau guna duit diorang la kan...)
Sebenarnya rakyat Malaysia x perlu bimbang akan duit korang. Projek bernilai RM 50 juta ni adalah projek PFI ( PRIVATE FUNDING INITIATIVE ) dimana Najib sendiri telah nyatakan di twitter beliau.
Sazali ada menyatakan yang PEMANDU telah melaksanakan modul GTP ( Goverment Transformation Plan ) yang terdiri dari Economic Transformation Plan (ETP), Transformation Youth Lab dan sebagainya.
Fungsi GTP adalah sebagai penjaga policy untuk kerajaan supaya dapat memperbaiki kelemahan terhadap rakyat dari segi pentadbiran dan perlaksanaan. PEMANDU telah mengunakan teori Blue Ocean Strategy untuk policy dalam dunia korporat.
Korang pun boleh fikir takde maknya kerajaan nak membazir dalam projek mcm ini. Semuanya mainan korporat yang kita xperlu risau .
Apa yang Datuk Najib buat hanyalah membantu untuk promote email tersebut sebagai email Malaysia...( kira mcm official lah ). Disamping membantu syarikat dengan promote email tersebut, nama Malaysia juga naik. Jadi satu mileage dimana dua2 pihak win-win situation.
Keuntungan yang Tricubes dapat adalah base nilai server yang mereka ada. Sama mcm google dan facebook. Just a simple but good return right?
2.Syarikat bermasalah bukan persoalan
Apa yang dinyatakan bukan lah bermasalah dari segi pentadbiran, tetapi dari segi saham yang dilaburkan. Sebab itu ETP ditubuhkan supaya dapat membantu syarikat yang lemah dapat peluang untuk naik semula justeru membantu kestabilan ekonomi negara.
Jadi sesiapa yang keliru dari mana datang nya sumber RM50 juta ni adalah dana yang dilaburkan di bursa saham. Main bursa saham ni bukan singgit dua...tapi bermillion2 tau. Bermasalah tak bermaksud mereka bankrupt. Tetapi saham yang tidak stabil.. Kejap naik kejap turun dengan cepat..
Jadi diorang laburkan saham diorang untuk membina projek bernilai RM50 juta. Ok ibarat Facebook lah, diorang melaburkan duit diorang untuk membuat server facebook itu yang hanya memberi kemudahan untuk bersosial dalam dunia maya. Tetapi nilai Facebook sekarang bernilai 50 Billions USD. Korang jangan risau lah duit korang tak kan digunakan dalam projek ini.
Seperti yang sazali nyatakan,
syarikat labur duit + kerajaan labur kuasa mulut menteri = syarikat dapat untung dan kerajaan dapat sumbang pada rakyat
3. Keselamatan adalah tanggungjawab masing2
Sebilangan orang ada menyatakan yang keselamatan free email seperti Yahoo Mail, Gmail, HotMail dan sebagainya adalah meragukan. Tidak lupa juga tentang email 1Malaysia yang mungkin juga diperhatikan.
Semua ni adalah tanggungjawab individu sendiri untuk menggunakan servis seperti ini. Dari pandangan aku, tak ada apa hak privasi yg korang perlu takut sgt. Siapa lah kita dan apa lah yang kita ada sgt sampai risau email korang dibaca. Pernah ke Gmail, yahoo mail curi duit korang? Dan jangan risau juga lah dengan keselamatan negara. Kerajaan xde guna email untuk membincangkan keselamatan negara. Lagipun kenapa xde sape yang mempertikai kan mengenai keselamatan SMS ? Aku rasa lagi bahaya kot... Tapi boleh lak korang percaya.
Kalau takut sgt, jumpa FACE TO FACE senang. Tak ada apa nak risau dah. Ingat, internet cuma membantu untuk memudahkan kerja harian kita. Jadi terpulang lah nak guna servis yang ada ke tidak.
4. Lebih banyak peluang pekerjaan
Ok ni aku setuju jika server MyEmail berada di Malaysia. Memang banyak peluang pekerjaan akan ada untuk para graduan IT. Maklum lah, Malaysia ada 29 juta penduduk. Jadi banyak server akan digunakan. Ramai technician diperlukan untuk menjaga server tersebut. Sama la macam facebook. Dari sebuah server untuk komuniti, jadi berkembang besar menjadi satu syarikat. Dari web design, programming, operating , server maintenance dan sebagainya memerlukan ramai graduan untuk menjayakan projek ini.
5. Jurang generasi menjadi lebih baik
Point ini perlu difikirkan supaya jurang digital antara generasi yang berlainan dapat dibaiki. Seperti yang kita tau, generasi baby boomers merangkap ibubapa kita,menteri dan seperingkat dengan nya lemah dalam IT. Jadi dengan ada nya email Malaysia ni dapat membuka mata mereka dan mengunakan servis ini untuk menguruskan sesuatu perkara dengan lebih mudah. Ye lah xde la pening2 diorang nak buat email macam mana. Nak bayar bil pun senang kan. Jadi bila melibatkan Malaysia, diorang mesti nak ambil tahu apa yang ada dengan email Malaysia ni kan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok memang ada baik buruknya projek ni. Sama macam MyCard, MYeg yang dulu ramai yang bangkang. Tapi sekarang ramai guna servis ni. Lumrah alam lah kalau ada yang tak setuju. Lagi2 melibatkan politik.
Bagi aku, antara isu yang negatif ialah :-
1. Najib umumkan projek server email Malaysia berharga RM 50 Juta dengan
nama 1Malaysia tanpa menerangkan sumber RM50 juta awal tu. Ia secara tidak langsung menjadi dua sebab untuk rakyat bangkang. Nama 1Malaysia memang menjadi 'alergi' bagi pembangkang. Dan rakyat risau mana datangnya RM 50 juta tu ( takut guna duit rakyat....)
2. Nilai 50 juta terlalu besar untuk membuat server myemail ni. Nilai ni membuat ramai tak puas hati. hahaha... Yelah semua ni mainan korperat untuk memajukan syarikat diorang. Biarlah apa diorang nak buat. Selagi tak ambil duit kita, jangan tengking2...hehehe...
3. Isu keselamatan penting untuk menguruskan server. Maklum lah terdapat banyak info mengenai pengguna. Lihat saja 1Malaysia.com yang mengunakan script SE (Social Engine) pernah digodam oleh hackers dari Indonesia kerana salah faham. Oleh sebab kurang mahir dalam security dan mengunakan script sedia ada, jadi memudahkan untuk hackers cerobohi. Jadi aku harapkan server MyEmail dikendalikan oleh orang yang betul2 pakar dan jujur menjalankan kerjanya.
4. Server tersebut mestilah berada di Malaysia dan di-host kan sendiri sepenuh nya oleh Malaysia. Kalau guna server luar negara apa beza nya dgn email lain kan..
Sedikit komen yang buat aku gelak...haha...
Yang tak menyokong
Ok lah..Memang duit tu masuk kroni dorang sebab memang tu duit diorang hasil perlaburan dan projek syarikat diorang selama ni....Sebenarnya isu ni takde la mngait dgn Najib. Tapi kait mengait dengan negara Malaysia. Dah syarikat tu yang hantar proposal untuk buat projek ni. Jadi terpulang lah diorang nak buat mcm mna sbb tu smua duit diorang. Diorang cuma nak mileage untuk branding email Malaysia saje. Pasal wifi tu, itu tak perlu lah marah syarikat tu. Syarikat tu pkir apa yg dpt untungkan syarikat diorang dan menyelamatkan dari tersingkir keluar dari bursa saham. kalau bg wifi free apa pulangan yang syarikat tu dapat kn...Kalau nak wifi free sgt mohon lah dgn kerajaan yang memerintah di tempat korang. Itu pun kalau kerajaan ada duit lah ;D Sebernanya perkara mcm ni kita tak perlu PHD dan ilmu politik yang mendalam sebab kita patut contohi mcm mana syarikat yang mengalami masalah ekonomi mencari peluang untuk memajukan semula ekonomi diorang. Serious lawak komen dia ni...hahahaha...
Yang menyokong
Komen ni lebih memperlihatkan keburukan free servis yang ada. Kita tak boleh buat andaian macam tu sebab tak semestinya kertas kerja dia tersebar melalui email tu. Mungkin pihak yang menerima email tu terlepas tangan beri ke pihak lain. Atau pun ada pihak yang mengodam laptop/desktop dia. Kita boleh pikir logic lah, dalam dunia ni bukan kita sorang yang guna email dan bukan kita sorang yang attach file. Ingat email provider nak ke cek email korang yang penuh dgn spam tu. Cuma diorang letak bot untuk search meta tag yang ada dalam kandungan email untuk menyamai dengan kandungan iklan yang keluar. Jadi kalau tak percaya atau risau, guna manual hantar by hand oke ...Internet cuma membantu kita jalani hidup lebih senang igt tu.. Bersyukur lah :)
P/S : Jangan pandang sebelah mata...Buka dua2 mata... Jangan termakan cerita2 yang diperbesar2kan oleh pihak x bertanggung jawab... Tak semua nya melibat kan politik ...kan?
UPDATE :-
Untuk soalan2 mengenai caj rm.050 sen tu, aku mlas nak jawab sbb penat nak blas...
via - Cerita Kedai Kopi
Fun Time At MyneTOT!