Malaysia Web Hosting

Ceritara ku : Sedih bila diri buta warna

Salam~
Entri pasal aku pulak...Ceritara ku~



Kelmarin, hari sabtu merupakan hari temuduga UITM untuk pelajar lepasan SPM 2010 yang ingin mengambil diploma Art and Design dengan diploma pengurusan apa ntah, aku lupa...

Aku hadir kan diri sebab dipanggil untuk temuduga dip. Art & Design. Sebelum ni aku fikir nak masuk dalam bidang grafik design, tapi bila abang2 aku yang macho ni advice suruh ambil printing technology, so aku berniat ke sana dengan harapan dapat printing technology la gamaknya.


Printing technology ni bestnya diploma nya kat Shah Alam. Bukan saja belajar printing, tapi juga belajar designing dan fotografi. So memang menarik perhatian aku lah bila 3 benda ni ada. 
Malam sebelum nya penat aku prepare sampai tak boleh tido. Tapi alhamdulillah tak bagun lambat.

Mula nya cerita selepas aku breakfeast pagi dirumah, then keluar rumah dalam pukul 7.40 am. Aku sampai UITM Shah Alam pada pukul 8.20 am. Temuduga bermula pada pukul 8.30 am. Ramai pelajar yang dah bersedia. Memang ramai sampai penuh bangunan AD tu. Tambahan pula parent2 yang excited tengok anak diorang pergi temuduga, bertambah mampat bangunan tu.

Mengikut tentatif temuduga, terdapat dua fasa, 1.drawing, 2.interview.
Selepas selesai fasa 1 dengan lukisan aku yang kira okay lah ( kena lukis kerusi diatasnya ada kain melilit dan 2 buah kotak), semua pelajar kena masuk auditorium untuk fasa 2, temuduga. Tapi tak semua dapat masuk sebab ruang yang dah penuh. Dengan panel2 yang ada disekeliling auditorium tu, sorang2 dipanggil. Lebih sejam aku tunggu turn aku sampai kebas bontot. Bila dah dipanggil ( cis dapat panel cina, so kena speaking ! ) aku pun speaking la dengan tunggang langgang bercampur baur dengan gagap 'aaa aaa' hahaha...

Sambil perkenalkan diri, aku keluar kan la artwork2 yang aku buat masa kat kolej dulu. So panel dua orang tu tanya aku macam2.. Kenapa aku minat printing technology dan bukan nya designing. Penat aku terangkan dekat panel tu yang aku nak amek printing technology baru diorang paham. 

Aku ingat azab dah lepas, tapi waktu malang menimpa bila panel buat colourblind test kat aku. Cis.. Aku tau aku mesti sangkut dalam colourblind test sebab aku tak dapat baca nombor, bentuk yang terdiri dari warna hijau dan merah ( aku dapat bezakan warna hijau dan merah, tapi tak dapat baca nombor dan bentuk yang ada ). Apa lagi, berkerut terus panel tu bila aku tak dapat baca. Ditulis nya dalam kertas temuduga aku yang aku buta warna !...



ARGH! Apa ni~ Kenapa lah aku ada buta warna ni ya Allah! Rasa nak menangis pun ada bila tak lepas test tu tapi sebab aku lelaki kena la blagak macho cool. Aku hanya dapat menanti keputusan nya bulan 5 nanti ( dah tentu tak dapat..). Aku berharap juga dapat tawaran politeknik. Semua nya tentuan Ilahi. Macam akak aku cakap, semua yang berlaku ada hikmah nya... Aku boleh bersabar dengan rela hati. 

Dengan emosi aku yang sedih ni, aku dengar lagu Cuba Lagi - Malique berulang2 kali~



Perasaan sedih mula hilang sikit2 bila tengok orang yang famous dan berjaya juga ada yang colourblind.

Antara orang popular yang buta warna :-




Samuel Clemens a.k.a Mark Twain
Writer





Peter Ebdon 
snooker player





Meat Loaf
singer





Jack Nicklaus 
golfer





Bing Crosby 
singer





Bob Dole 
US politician





Bill Clinton 
former US President





Keanu Reeves
actor





Bill Beaumont 
former England rugby captain





Chris Rogers 
cricketer





John Dalton 
(developed theory of atomic structure)


Jadi ni jelah ceritara ku untuk entri kali ni. 1st time aku buat entri pasal diri aku... Maap la kalau busan... Huhu.. It's time to sleep...have a good dream all~ I hope Allah know what Allah do :) 

P/s : Nasib baik test lesen kereta dulu lepas... ~