Kali ini aku nak buat post mengenai SEO. SEO atau dikenali sebagai, Search engine optimization penting dalam membina blog atau website anda. Ia bertujuan mendapatkan visitor untuk blog anda dengan lebih ramai. SEO yang baik dapat mempopularkan blog anda. Jadi SEO ini penting untuk sesebuah blog yang baru nak membangun macam MyneTot ni..Aku pun baru lagi dalam dunia blogging ni, jadi blog aku nampak macam sebuah blog sampah. Rasa kaku!HAHA...
Tapi lama-lama nanti aku biasa la..
Tapi lama-lama nanti aku biasa la..
Ok..Blog yang mati bermaksud blog yang tiada sesiapa masuk blog kita, atau tiada sesiapa tahu mengenai blog kita. Hal ini demikian disebabkan SEO yang teruk di blog tersebut. Jadi untuk mengelakkan blog anda mati, banyak kan melakukan kajian terhadap SEO. Boleh tanyak pakcik GOOGLE untuk kajian. Aku dapat senaraikan 5 sebab sahaja kenapa blog anda boleh mati.
1. Tiada interaksi dengan pelawat
Komunikasi antara penulis blog dengan pelawat kurang. Pemilik blog perlu aktif untuk berinteraksi dengan pelawat seperti di ruang komen. Berhubung dengan mesra. Jauhi pergaduhan dengan pelawat. Jadikan blog anda seperti rumah sendiri. Lebih mesra anda dengan pelawat, makin senang untuk meraih populariti.
2. Tiada menunjukkan keaslian blog
Blog seperti keranda,senyap sahaja. Jarang update. Blog copy-paste. Blog seperti ini memang susah nak pergi jauh. Kalau setakat ambil isi tu kira ok la. Tapi kalau copy 100% memang tidak nampak perkembangan la blog anda. Tiada makna untuk pelawat masuk blog anda lagi walau blog secantik mana.
3. "All About's Me"
Kurangkan post cerita tentang diri sendiri. Mungkin hal personal boleh diselit di prologue post. Jangan dari A sampai Z cerita anda makan ayam masa dinner sahaja. Luahkan isu semasa, tutorial atau sebagainya untuk menarik minat pelawat untuk membaca. Ingat, pelawat kurang gemar untuk baca diari seharian anda! Lain la kalau anda mempunyai "kekasih yang ramai" untuk buat post hal sendiri. ( Ibarat macam artis la..HEHE)
4. Tiada network untuk berhubung
Ini lebih kurang seperti point tiada interaksi dengan pelawat. Cuma beza nya, pelawat tidak kenal dengan anda. Tiada info mengenai diri anda. Pasang widget facebook ataupun twitter dan sebagainya. Mudah untuk menghubungi anda. Lebih rapat lagi bagus :D
5. Post membosankan
Ini penyakit biasa untuk blogger baru seperti aku. Aku susah sikit nak bina ayat yang gempak. Sebab tu blog aku ayat bertukar-tukar. Tapi aku cuba untuk memahirkan gaya penulisan aku ni. Untuk menceriakan lagi sesuatu post, grafik atau animasi perlu diletak untuk ilustrasi bagi pelawat. Gaya penulisan harus ringkas dan padat. Jangan terlalu panjang. Isi dan ayat berbunga perlu seimbang.
Jika semua ini dah lepas, blog anda boleh tahan lama. Selepas itu baru la visitor mencanak naik...HEHE
Dan yang paling penting, blogging harus ikhlas. Jangan terlalu fokus untuk meraih untung. Kekal kan pretasi dan tingkatkan usaha untuk blogger baru.
Kalau ada silap dan salah harap ditegur dengan baik...
Fun Time At MyneTOT!