Malaysia Web Hosting

10 Perkara yang patut ada 2011



Argh... Sabtu yang membusankan... Bila tiada kelas, tiada assigment rasa macam tak kena pula... Kalau anda nak tahu, aku merupakan pelajar diploma di satu IPTS.. Dimana? Tu biarlah rahsia.... Aku mengambil jurusan News Media 
( designing, fotografi, animation dan segala media yang ada..). 
Baru sahaja masuk sem 2, so kiranya aku still junior dan teramat la 'noob' ..haha 
Oleh sebab kebosanan ni lah aku ber-TOT-TOT di blog MyneTot ni. 



2010 baru sahaja tamat beberapa minggu lepas. Pelbagai perkara berlaku pada tahun 2010. Suka duka 2010 dilalui dengan tabah. Pelbagai perkara baru berlaku. Dari perkara seluruh dunia hingga lah sekecil bilik di rumah. Tahun 2010 juga telah tercipta pelbagai kemudahan seperti kereta menggunakan tenaga bio. Tapi itu semua cerita tahun 2010.

Seperti tajuk post ini, perkara yang patut ada 2011 semestinya perkara yang tidak tersimpang jauh dari perkara yang ada pada tahun 2010. Kemudahan dan teknologi baru yang tercipta hanya la seberapa sahaja. Jadi aku mengupas 10 perkara yang sepatut berlaku pada tahun ni tapi tidak akan berlaku. Post kali ini lebih kepada mitos rasanya. HAHA.



1. KERETA TERBANG


 Salah satu perkara yang sudah dijanjikan sejak tahun 1950. Kereta terbang belum lagi tercipta secara profesional. Seperti yang kita tahu, Discovery channel dan seumpamanya pernah menayangkan kereta terbang  yang dicipta oleh beberapa orang pakar. Tetapi ciptaan ini masih lagi dalam cubaan. Bayangkan lah bila kereta terbang ini diguna pakai di seluruh dunia. Kemudahan lalu lintas, parking, dan keselamatan semua nya bertambah mudah.




2. TELEPORTASI


Selain kereta terbang, teleportasi atau teleportation merupakan perkara yang mengarut untuk dicipta. Teleportasi merupakan perkara mengalih atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah. Teleportasi ini mungkin boleh dibuat oleh ahli sihir secara batin (mungkin la..).
Kalau secara saintifik memang 'out of mental' la. Mana tidak nya, mengalih kedudukan secara teleportasi dengan memecah ruang atom sesuatu benda dan digabung kan balik. Logik ke? HAHA




3. PILL MAKANAN


Seperti cerita animasi, The Jetson ada melahirkan satu ideologi bahawa makanan boleh dimakan seperti pill sahaja. Contoh nya, anda nak makan nasi goreng cina, makan pill warna pink. Sekecil pill itu rasa mengenyangkan seperti makan nasi goreng cina yang sebenar. Bayangkan lah kalau pill ini benar-benar terjadi, penyakit obesiti dapat dielakkan..HAHA!




4. TENAGA RENEWABLE


Selain tenaga solar, tenagi kinetik, dan sebagainya yang ada pada masa kini tidak tentu kekal selamanya.
Seperti bahan bakar yang ada sekarang sudah hampir habis. Sudah tiba masanya saintis mencipta satu tenaga sendiri yang dapat di 'renew' dan tidak habis. Macam cerita Ironman.




5. MANDIAN SONIC


Mandian sonic atau dikenali sebagai 'sonic shower' yang ada dalam filem Star Trek merupakan idea kreatif.
Sampai bila kita nak bergantung pada air? Mandian sonic ini lebih mudah, jimat dan kurang pembaziran jika tercipta.




6. HYPERSPACE


Mitos seperti dalam cerita Star Wars dan Star Trek. Hyperspace merupakan satu mitos dimana kita boleh merentasi ruang angkasa melepasi galaksi tanpa menunggu waktu yang lama. Memang tidak akan terjadi lah perkara seperti ni.HAHA




7. ROBOT TRANSLATOR


Kemudahan yang patut ada zaman sekarang. Membantu kita memahami bahasa lain dengan mudah. Kemudahan seperti ini hampir dekat setelah kewujudan 'google translate' dan sebagainya. Tapi boleh ke saintis mencipta sebuah robot yang dapat memahami sesuatu bahasa dengan mudah dan tepat?





8. FORCE FIELDS


Force fields berupaya melindungi dari serangan, hujan, serangga dan sebagainya. Contoh yang dapat dilihat seperti cerita fantastic 4 dimana Invisible Woman berjaya melindungi dirinya dari serangan. Perkara ini boleh menyebab kan kilang payung dan baju kalis peluru rugi...HEHE




9. SEXBOTS


Penciptaan sexbots ni semakin hampir. Jepun sungguh hebat dalam mencipta benda seperti ini




10. ROBOT PELAYAN


Walaupun negara asing telah mencipta pelbagai jenis robot, tapi tiada satu pun ada untuk dijual. Robot untuk melayan atau membantu masih tiada di pasaran. Kalau ada robot disisi kita, boleh la buat kan kita kopi, kemaskan bilik seperti dalam cerita I-Robot...



Kesimpulannya, tidak semua kita dapat cipta dalam tahun 2011 ni. Ada yang mitos, ada yang memerlukan ilmu yang mendalam untuk melakukan sesuatu idea itu. Yang penting dunia semakin maju.
Jangan biar diri semakin mundur dengan kenaifan. Untuk yang masih belajar, belajar bersungguh-sungguh, kerana anda akan mengubah dunia pada masa akan datang.

Anyways, any wrong information, please forgive me. Because im still newbie in blogging...


p/s: Salam takziah kepada Ana Raffali atas pemergian nenek tersayang beliau.