Malaysia Web Hosting

YTV, tv portal untuk belia ! Yey!!

Salam 1Malaysia !








Oleh sebab aku ada janji nak cerita kan pasal kemunculan YTV dalam post sblum ni, jadi mlm ni dengan ringan tgn aku mengisi content blog aku ni walaupun tgh penat gila tahap kucing beranak...haha...


Before aku cerita apa itu YTV, aku nak cerita sikit apa aktiviti belia yg berlangsung harini ( sabtu ). Persatuan ITYM telah mengendalikan Bengkel Transformasi ( bukan tranformers yg robot tukar2 tu ok -_-'' ) untuk Jiran Muda.
Yang hadir pun alhamdulillah ramai. Ada dekat 65+ org xsilap aku. Semua muda2 baya aku je. Kami telah memberi talk mengenai transformasi IT dan jarak generasi ( generation gap iaitu : Baby Boomers, X, Y & Z ). 


Talk IT kami lebih kepada inisiatif untuk menjaga hak pribasi..eh silap, privacy !
Selain itu, kami memberi taklimat bagaimana menjauhkan account email, fb dan sebagainya di-hijack oleh hackers. Sebenarnya amat penting untuk kita menjaga keselamatan account online kita dan privasi supaya tidak dicerobohi supaya maruah kita tidak dikotori. Selain itu juga kami menerangkan bahaya dan kebaikan internet supaya belia zaman sekarang perlu paham keselamatan yg perlu mereka utamakan.


Peserta Bengkel Transformasi Jiran Muda


Seperti tadi, kami juga sempat membuat demo mengenai data recovery yg patut mereka tahu bahaya nya sesuatu storage yg menyimpan file atau maklumat peribadi mereka walaupun sudah di deleted sepenuhnya dapat dikembalikan. Bahaya kan? haha lagi2 couple2 yg simpan gmbr mesra mereka di dlm memory card yg boleh di recover balik walaupun sudah dipadam... Habis la korang kantoi! JANGAN jadi mcm ariel peterpan sudah ar...kehkehkehk..


Then kami juga ada membuat short-demo bgaimana  membina blog yg mudah berasaskan blogspot ( sbb ada org tak paham jd kami terangkan secara ringkas ) sehingga bagaimana hendak meletakkan iklan dari advertiser online kedalam blog. Jadi keseluruhannya, tak rugi kwn aku yg dari Jiran Muda ni dtg. Mana tak nya, abg kay bg talk gila sempoi. Mmg ar ada part yg korang pening smpai tertido...haha...tp maklumat yg korang dpt ckup untuk meng-transformasi diri korang kepada belia yg lebih peka terhadap privacy dan kselamatan menggunakan social network dgn cara yg betul.





Ok kembali ke tajuk asal!







Intro YTV Malaysia



YTV! Apa tu ?? Sejenis makanan ke apa??


NO!


YTV ni adalah endorsement dari kerajaan mengenai portal TV belia online dimana segala aktiviti belia yang berlangsung semasa atau selepas hari belia akan dikumpul kan di dalam satu portal. Jadi mudah untuk remaja2 diluar sana yg masih terpinga2 apa itu belia, dapat melihat apa sebenarnya belia dan apa aktiviti yg mereka lakukan.


Seperti yg diminta menteri belia dan sukan, semasa hari belia 2011 ( 27-29 MAY ) berlangsung, Kami dari ITYM sebagai official technical team perlu merakam segala aktiviti yg berlangsung 3 hari itu which akan diadakan 200 event menarik khas untuk belia akan diupload terus ke youtube dan dihimpunkan di portal YTV! Jadi dah paham apa itu YTV?


haha...Ringkas je sebenarnya mengenai YTV ni. Yelah ada belia yg tak dpt turun nanti, jadi YTV ni satu advantage untuk diorang lihat apa yg berlaku sepanjang hari belia itu.


Juga, dipagi esok ( ahad ) pukul 8 malam bertempat di Bukit Bintang, merupakan hari perlancaran hari belia negara 2011 dimana YTV juga akn di lancar dengan besar-besaran oleh timbalan menteri. Jadi mari kita ramai2 dtg buat sesak dkt Bukit Bintang esok ok!







P/s : thanks God let we together like before... <3
P/Ssss: aku menulis entri ni dlm keadaan ngantuk gile2..so klau ade melalut and x bnyak ilustrasi, im sorry so much!!! SLEEP!!